Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Tuesday, April 21, 2009

.^_^. 19 April 2009 ~ PESTA BUKU D PWTC..~



Alhamdulillah. Akhirnya minggu yang penuh menguji emosi serta kesabaran berlalu jua. Terasa bagai dihimpit oleh tugasan-tugasan yang banyak. Begitulah jadinya, kalau masa tidak diruruskan sebaiknya sebelum masa itu. Namun, apa pun,ini akan aku jadikan sebagai pengajaran. Lagi-lagi aku ni bukannya jenis yang betul-betul dapat 'stay-up' malam-malam. Jadi pengurusan masaku pastinya sedikit berbeza dari rakan yang lain. Walau apa pun, aku sekali lagi ingin melafazkan ucapan terima kasih ya ALLAH, kerana telah membantuku. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang aku sebagai manusia yang kerdil ini tidak tahu tentang apakah ia..

"Ya ALLAH..
Aku mohon..Aku rayu..
KAU berilah kekuatan serta ketabahan
kepada sahabat yang kurindui selalu.
Hamizah Binti Ahmad.
sesungguhnya aku menyanyanginya kerana-MU

ya ALLAH..
Sesungguhnya, telah banyak ujian yang KAU timpakan keatasnya..
Namun dia masih lagi mampu tersenyum
tanda redha atas ketentuanMU..
Maka Kau tempatkanlah dia
dalam kalangan hamba-MU
Yang Kau cintai..
dan sesungguhnya aku juga
turut ingin tergolong dalam golongan itu
ya Rabbul 'Izzati..
matikanlah kami dalam keadaan taat kepada-Mu

YA ALLAH..
Moga kami menjadi hamba yang
sentiasa menegakkan agama-MU
Moga segala apa yang kulafazkan ini
tidak hanya semata-mata sebuah tulisan
tapi moga ini menjadi realiti.."



OK. M.. tak lama lagi aku akan menjalani ujian akhir semester (UAS). Namun, terus-terang aku katakan yang aku masih belum bersiap siaga lagi. (ish tak lama lagi tau eza!!) -pertengahan bulan Mei.

Pada hari Ahad (19 April 2009) aku dan keluarga sempat pergi ke Pesta Buku di PWTC. .^_^. Terimbau kenangan silam masa aku lalu di hadapan sekolah aku sebelum terus menuju ke PWTC. Banyak kenangan aku kat sana dan kebanyakkannya aku tak mahu ingta. m.. Abah parking kereta dalam 'The Mall' sebab memmang penuh lah kalau nak letak dekat dengan PWTC tu. Memang masa masuk PWTC tu penuh dengan orang. Berpusu-pusu mereka masuk ke tempat jualan buku-buku. Meriah sungguh! (masuk PWTC..Teringat aku masa g 'outing' haha..kira macam dah lali lah dengan laluan keluar masuk PWTC ni..huhu~)Tempat pertama yang dituju untuk melihat-lihat buku (sebenarnya tak merancang pun nak pergi bahagian mana) ialah bahagian buku-buku terbitan al-Hidayah n ar-Risalah.. (tak ingat la aku kalau ada yang lain-lain). m.. banyak juga buku-buku yang dibeli aku n keluarga. hehe..mula-mula ingat aku je yang nak beli, tengok-tengok mak, abah dengan Idah pun ada buku yang mereka nak beli. Wah.. gembiranya....! (m..moga aku habis membaca buku-buku tu. Antara buku-buku yang dibeli:

1. Novel - Yusuf & Zulaikha
- Aisya Humaira
- Siri 2: Tatkala Cinta Bertasbih..(eh, betul ke..tak Ingatlah pula...)

2. Buku 'Pembangun' dan 'Pembetul' Diri (INSYAALLAH..)
- Personaliti Rabbani
- Cara-cara Khusyuk dalam solat

3. Buku Tumbuhan - Khasiat Kurma (lebih kurang mcm tu lah tajuknya)
- tumbuhan Herba..(??)
- (mengenai penanaman pokok ubatan kot..)

Tapi aku tak berapa puas sikit la.. yelah.. sebab ramai orang jadi tak dapat meneliti buku-buku dengan 'teliti'nya..haha..~ Yang gembiranya.. masa mula-mula datang bahagian buku al-Hidayah dan ar-Risalah tu aku dah nampak Kak Ismi_atikah. jadi, aku dah tahu lah lokasi team UO kat situ. Mula-mula aku segan nak tegur. Yelah, siapa je la aku ni. tapi bila nampak diorang dah berkumpul (nampak cam sedang menunggu), aku pun pergi je lah.. Yang ada kat situ kak sadiqah(yati), kak ismi_atikah, kak shye dan bberapa yang lain yang aku tak ingat nama atau nick diorang. Gembiranya.. v^_^v Abah pun 'sibuk2' nak ikut aku masa nak jumpa kakak-kakak tu. Malu aku. Yelah, mana pernah aku jumpa kakak-kakak yang aku kenal dengan keluarga aku. hehe~ tapi sayangnya tak sempat bertemu dengan kak shida. m..takpe. ada rezeki lain kali, jumpa lah.. ^_^v

Sebenarnya, aku rasa macam aku ternampak juga kawan lama yang satu sekolah masa sekolah menengah rendah dulu. Kalau betul la dia, m..agak berlainan sikit. SPERTINYA TENANG DAN BERSERI WAJAHNYA. Aku rasa bangga kerana pernah mengenali dia.

Sampai sini je la. Aku nak menyiapkan diri. APA-APA PUN..ALHAMDULILLAH.. v^_^V

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.