Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Saturday, December 13, 2008

SAY no TO....! important!!

tua.. suatu kemestian bagi manusia yg dipanjangkan umrnya oleh ALLAH. Setiap manusia pasti mempunyai pelbagai jenis penerimaan. ada yang tidak kisah apatah lagi sebaliknya. Yang tidak kisah tu, "biarlah..ini sume pusingan hidup" atau "apa yg dimiliki hanya milik Tuhan. sudah semetinya perlu pulang padaNYA bila dah tiba masa". bagi yang tak boleh terima tu, pelbagai cara dilakukan agar mereka kelihatan muda. macam-macam benda dan kaedah digunakan. Aku dibawa untuk menulis perihal ini setelah menonton satu kisah benar berkaitan pemakaian susuk. Bagi aku, melihat saja jarum yang telah berjaya dikeluarkan sudah cukup merasakan kesakitan yang dihadapi oleh si pemakai. bagi kes hamba ALLAH ni, bukan dia yang dengan rela hati memakainya tetapi telah dimasukkan susuk oleh ibu kandung sendiri. (nak cakap macam mana tu) Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga dikeluarkan susuk dari wajahnya. Dia sendiri mengaku akan kesengsaraan yang dihadapinya. Aku selalu pegang dengan satu perkara ni.." kalau nak seseuatu yang manis, pasti perlu kita tempuh kepahitannya". Yelah, seperti juga kita sebagai Muslim yang ingin mendiami syurga abadi, di dunia ni banyak dugaan serta ujian yang hebat perlu ditempuh sebelum benar-benar kita layak untuk menghuni syurga Tuhan. Namun, dalam 'kes' susuk ini..? Berbaloi ke untuk dilakukan? Bukankah kita pasti akan mati dan segala kecantikan yang kita kejari pasti akan terhapus.


Aku tulis ini semua sebagai peringatan diri juga pembaca diluar sana (andai ada yang membaca)agar tidak terjebak atau sengaja menjebakkan diri ke dalam kancah 'obses' kecantikan.Ingatlah bahawa hanya ada 3 perkara yang akan dibawa kita di alam barzakh kelak:

1. amal ibadat
2. amal jariah yang dilakukan semasa hidup
3. doa anak-anak yang soleh

ok..sahabat.. jom kita berikrar agar jangan pakai benda-benda yang pelik ni. sayangilah diri, ok.. ingat.. pemakaian susuk ni dikatakan mempunyai 'link'nya ngan jin2 yang menjadi khadam@penjaga susuk2 dalam badan kita. Ish.. nauzubillahiminzalik.

p/s: termasuk juga botox, pembedahan muka etc. ingat..sesungguhnya ALLAH melaknat mereka yang mengubah kejadian-NYA! TERIMALAH DIRI ANDA SEADANYA.. LOVE URSELF..!

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.